Rabu, 31 Oktober 2012

Dia yang maha berkuasa.. ^_^

 'Dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya'' -Surah Al An'am:59.

Dedaun yang berguguran apabila musim luruh mula mengetuk bukan bermakna ia pasrah,hakikatnya unuk mempersiapkan diri menuruti sunnah Ilahi,mengajar insan yang sifatnya lemah''.

-gugurnya dedaun bukan sa-sia,Ia aturan yang mesti dilalui bagi mengadap dengan cabaran yang lebih getir.


-Begitu juga manusia di uji dengan pelbagai ujian yang menyebabkan ia gagal dan jatuh,namun apabila iktibar di ambil daripada kejatuhan itu,maka ia menjadi pemangkin untuk lebih berjaya.

Pengajaran ayat :Aturan Allah swt maha Hebat walaupun hanya mengatur proses sehelai daun.Hidup mesti dengan gaya aturan Islam kerana itu yang terbaik.Mengatur dan mempersiapkan diri itu aturan Sunnahtullah.Alam merupakan hikmah terbaik yang mengkritik semangat diri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan